Rabu, 22 September 2010

Pekerja asing diwajib miliki insurans


Utusan Malaysia Online - Berita Utama << Klik untuk baca seterusnya....



Dianggarkan 50 peratus daripada 3.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini tidak dilindungi insurans dan bagi yang memilikinya, perlindungan yang diberikan masih belum memadai.

Berikutan itu, sejumlah 19 peratus bil bernilai RM64 juta yang dikenakan ke atas pekerja asing yang mendapat rawatan di hospital kerajaan dalam tempoh lima tahun lalu masih tertunggak.

Sehubungan itu, Makmal Penjagaan Kesihatan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangka formula supaya semua pekerja asing diwajibkan mempunyai perlindungan insurans.

Bagi perlindungan insurans sedia ada yang masih belum mencukupi, ia perlu ditambah ke tahap yang lebih baik.

Menurut makmal berkenaan, dengan cara itu Malaysia akan berdiri megah di mata dunia dengan mewajibkan semua 
pekerja asing memiliki insurans serta menambah perlindungan insurans sedia ada yang pada masa ini ketinggalan berbanding negara serantau seperti Singapura dan Thailand.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan