Khamis, 23 September 2010
Tahniah !!!! Kepada semua Perunding Kewangan Islam Etiqa Takaful Berhad di bawah selian The IdealPartners Group
Kami bagi pihak pengurusan The IdealPartners Gorup ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Perunding Kewangan Etiqa Takaful yang telah berjaya dengan produksi cemerlang dalam tahun kewangan 2009/2010 Etiqa Takaful Berhad.
ANUGERAH WAKIL TERBAIK BAGI KATEGORI FYCC BAGI TK 2009/2010
ANUGERAH WAKIL TERBAIK BAGI KATEGORI KES BAGI TK 2009/2010
Rabu, 22 September 2010
Fokus Etiqa lahir 15 jutawan agensi takaful
Utusan Malaysia Online - Korporat << Klik untuk tersukan bacaan kolum
Etiqa Insurance & Takaful (Etiqa) yang juga ahli kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah berjaya melahirkan 15 jutawan agensi takaful dalam Projek 5012 yang terlibat dengan pengedaran pelbagai rangkaian produk insurans dan takaful.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, dalam projek itu juga pihaknya menyasarkan penambahan 50 jutawan lagi menjelang 2012.
Kami yang telah bersama dengan Etiqa Takaful selama 15 tahun yakin sasaran tersebut akan dapat dicapai oleh pihak pengurusan......
Pekerja asing diwajib miliki insurans
Utusan Malaysia Online - Berita Utama << Klik untuk baca seterusnya....
Dianggarkan 50 peratus daripada 3.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini tidak dilindungi insurans dan bagi yang memilikinya, perlindungan yang diberikan masih belum memadai.
Berikutan itu, sejumlah 19 peratus bil bernilai RM64 juta yang dikenakan ke atas pekerja asing yang mendapat rawatan di hospital kerajaan dalam tempoh lima tahun lalu masih tertunggak.
Sehubungan itu, Makmal Penjagaan Kesihatan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangka formula supaya semua pekerja asing diwajibkan mempunyai perlindungan insurans.
Bagi perlindungan insurans sedia ada yang masih belum mencukupi, ia perlu ditambah ke tahap yang lebih baik.
Menurut makmal berkenaan, dengan cara itu Malaysia akan berdiri megah di mata dunia dengan mewajibkan semua
pekerja asing memiliki insurans serta menambah perlindungan insurans sedia ada yang pada masa ini ketinggalan berbanding negara serantau seperti Singapura dan Thailand.
Selasa, 21 September 2010
43,143 peminjam gagal bayar balik pinjaman PTPTN
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri <<< Klik bacaan seterusnya.....
PETALING JAYA 16 Julai - Seramai 43,143 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih gagal membayar balik pinjaman mereka sehingga 31 Mei lalu. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung memberitahu, jumlah pinjaman tersebut membabitkan tunggakan kira-kira RM1.9 bilion. Menurutnya, jumlah pihak yang gagal membayar balik pinjaman tersebut kian meningkat disebabkan tambahan peminjam baru yang masih belum mula membuat sebarang bayaran.
Kami ada jawapannya untuk Tuan/Puan. Dengan membuat simpanan sambil berlindung didalam Pelan Sarjana yang disediakan oleh Etiqa Takaful Berhad, Kami sedia membantu anda. Jika ada sebarang pertanyaan, Sila hubungi pihak kami segera motto kami ialah Kemudahan Insan adalah Asas Urusan Kami;
Talian kami ialah 012-2055562 atau 012-6456162
Langgan:
Catatan (Atom)