Rabu, 22 September 2010

Fokus Etiqa lahir 15 jutawan agensi takaful



Utusan Malaysia Online - Korporat << Klik untuk tersukan bacaan kolum


Etiqa Insurance & Takaful (Etiqa) yang juga ahli kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah berjaya melahirkan 15 jutawan agensi takaful dalam Projek 5012 yang terlibat dengan pengedaran pelbagai rangkaian produk insurans dan takaful.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, dalam projek itu juga pihaknya menyasarkan penambahan 50 jutawan lagi menjelang 2012.

Kami yang telah bersama dengan Etiqa Takaful selama 15 tahun yakin sasaran tersebut akan dapat dicapai oleh pihak pengurusan......



Pekerja asing diwajib miliki insurans


Utusan Malaysia Online - Berita Utama << Klik untuk baca seterusnya....



Dianggarkan 50 peratus daripada 3.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini tidak dilindungi insurans dan bagi yang memilikinya, perlindungan yang diberikan masih belum memadai.

Berikutan itu, sejumlah 19 peratus bil bernilai RM64 juta yang dikenakan ke atas pekerja asing yang mendapat rawatan di hospital kerajaan dalam tempoh lima tahun lalu masih tertunggak.

Sehubungan itu, Makmal Penjagaan Kesihatan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangka formula supaya semua pekerja asing diwajibkan mempunyai perlindungan insurans.

Bagi perlindungan insurans sedia ada yang masih belum mencukupi, ia perlu ditambah ke tahap yang lebih baik.

Menurut makmal berkenaan, dengan cara itu Malaysia akan berdiri megah di mata dunia dengan mewajibkan semua 
pekerja asing memiliki insurans serta menambah perlindungan insurans sedia ada yang pada masa ini ketinggalan berbanding negara serantau seperti Singapura dan Thailand.